Gerai ini telah keluar dari kaca televisyen rancangan Majalah tiga dan keratan akhbar mengenai keenakkan kuih keria patut singgah di Melaka membuat Papa saya berkobar-kobar untuk merasa kelazatan kuih keria.
Hari berikutnya, kami tiba di Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil. Ramai yang beratur menunggu giliran . Melihat sendiri beratur panjang membuat saya tak sabar untuk merasa kuih keria Hj Jalil ( sebenarnya ada saja yang potong line. sadis )
Sedap tak?
Pertama kali rasa kuih ini ada keunikan dari segi rasanya. Rasa kuih ini tidak seperti kuih keria yang biasa saya rasa dari mana-mana gerai kuih-muih. Ada sedikit masam intinya dan manis gula melaka membuatkan si pemakan tidak muak. Saya akui boleh ketagih makan kuih ini.
Boleh datang seawal yang mungkin pada pukul 1 p.m untuk elak rasa kecewa tidak dapat membeli sebab kuih keria ini cepat habis.
![]() |
| Ada pelbagai kuih-muih dan makanan yang lain untuk dinikmati. |
Harga?
Harga satu biji kuih keria RM0.50. Tidak rugi kesedapan kuih keria ini.
Lokasi gerai ini bersebelahan dengan masjid Limbongan. Boleh "search sendiri" Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan