Khamis, 23 Februari 2017

Bajet di Jogja

Aku akan kongsikan bajet sepanjang travel Jogja. Bagi aku tidak rugi pergi ke Jogja terutamanya bagi yang ingin cuba dan suka aktiviti yang mencabar

Banyak tempat belum saya pergi. Mungkin ada rezeki lebih saya akan datang kembali ke Daerah Istimewa ini. 


Bajet sebelum,semasa dan selepas di Jogja.

1)  Pakej Adventurejogja dari Pak Eko berharga RM 725 seorang termasuk 
     ( minimum pakej untuk 4 orang )
  • Sarapan dan makan tengahari
  • Bayar masuk ( entry fee)
  •  Transportasi ketika TOUR ( Car, Driver, Parking & Gasoline ) 
  • Cave Tubing & Body Rafting di Kalisuci
  •  2 jeep Sunrise Merapi
  • 4 malam di Hotel Violet  ( 2 bilik ) 
  • Air mineral disediakan sepanjang perjalanan


2) Perbelanjaan sendiri
  •  Kuih Puthu di Jalan Malioboro = Rp 2,500
  • Makan sate klathak = Rp 64,000
  • 4 helai kain sarung = Rp 64,000 x 4 = Rp 256,000
  • Bakpia = Rp 35,000 x 5 = Rp 175,000
  • Minum di kawasan borobudur = Rp 10,000
  • Perbelanjaan lain seperti ubat & air = Rp 300,000
  • Onjet di pantai Timang pergi/balik = Rp 50,000
  • Foto di gunung Merapi = Rp 20,000
  • Wrap beg di Lapangan terbang jogja = Rp 50,000
  • 1 air mineral di Air Asia = RM 3.00

3) Kawan murah hati belanja ( semoga rezeki mereka bertambah)
  • Hot Coffee = Rp 13,000
  • Tambah lagi satu set makan seafood di pantai Timang = Rp 350,000
  • Nasi gudeg di restoran Gudeg Bu Lies = Rp 39,000
  • Soto ayam & air = tak ingat. hihihi
4) Tiket pergi balik Kuala Lumpur (KUL) - Yogyakarta (JOG)
  • Termasuk makan dam minum = RM 365 ++ (tak ingat sangat harga tiket)



















Anekdot Perjalanan di Jogja ( Hari 4 & Hari 5)

Kami turun ke lobi jam 3 lebih dan menunggu Mas Aji datang mengambil kami ke destinasi seterusnya, Gunung Merapi.Kami tunggu lama juga. Jam sudah melepasi 3.30 pagi.Hati rasa tak sedap. Kemudian, aku telefon Mas Aji. Rupa-rupanya dalam perjalanan ke hotel. Setelah Mas Aji sudah sampai di hotel kami. Dia mohon maaf kepada kami kerana dia terlanjak tidur. Malamnya selepas hantar kami ke hotel rupa-rupanya Mas Aji hantar anaknya ke hospital kerana demam. Kami membalas tiada apa-apa perlu dimaafkan. Asalkan anaknya sihat kembali.

Kami teruskan perjalanan kami Gunung Merapi. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 2 jam.
Tibanya kami di check point mula, kami perlu menaiki sebuah jeep. Tak sabar aku nak naik jeep. Kami terus menuju check point pertama. Perjalanan agak mencabar disini kerana jalannya berbatu.




Kami tiba di check point pertama kami di sebuah bekas kampung yang  aku pun tak ingat nama kampung ni agak berdekatan dengan gunung Merapi. Tak silap aku hampir 4km dari gunung Merapi.Menurut pemandu jeep kami, kali terakhir gunung Merapi meletus pada tahun 2010. Gunung Merapi masih diantara gunung berapi yang masih aktif. Kami tiba di check point pertama dimana matahari masih belum terbit lagi. Kami perlu berjalan dan naik sedikit untuk ke kawasan lapang.Kami mengambil peluang untuk bergambar sambil menikmati matahari terbit.


Pemandangan gunung Merapi sebelum matahari terbit






Gamabr di check point pertama di bekas kampung berhampiran gunung Merapi




Aku kagum dengan keindahanNya ketika matahari mula terbit. Jujur aku kata suasananya memang indah disini. Aku rasa kesejukkan Sebaiklah aku pakai sweater dapat kurangkan rasa sejuk. Kami bergambar dan menikmati pemandangan.

Kemudian kami turun untuk ke Bunker Kaliadem dimana tempat perlindungan penduduk kampung disini dulu. Bunker ini sudah siap pada tahun 2005. Kemudian pada tahun 2006, gunung Merapi meletus dan ada dua orang penduduk berlindung di dalam bunker. Sayangnya, kedua-dua orang tersebut meninggal dunia di dalam bunker kerana panas. Kami lihat juga dalam bunker yang boleh muat untuk 30 orang. Kawasan dalam bunker tidak lah besar manapun. Kami terus keluar dari bunker sebab rasa tak selesa pula. Faham-faham jer lah. Hahahahaha









Kami teruskan checkpoint kedua ke kawasan ada batu alien.







Bergambar dalam jeep perjalanan sebelum tiba check point kedua.

Aku ingatkan batu yang diukir dengan berbentuk alien. Rupa-rupanya pemandu membawa kami memberitahu kami batu tersebut jika dilihat baik akan ada rupa bentuk muka. Sebenarnya batu ini adalah tercampak dari gunung Merapi ketika ia meletus pada tahun 2010.


"Ihwal nama alien, kata Slamet, itu pun sebenarnya plesetan saja. Warga lokal awalnya menyebut itu adalah batu 'alihan' dalam bahasa Jawa. Jika diartikan pada bahasa Indonesia maksudnya adalah batu pindahan dari puncak Merapi yang telah terseret sejauh 7 kilometer hingga sampai kampung Jambu."              - sumber dari vivi.co.id- 
Boleh nampak muka aliennya? Anda perlukan imaginisasi yang tinggi 


Kami teruskan perjalanan ke check point tiga pula iaitu rumah Mbah Maridjan, juru kunci gunung Merapi. Sepanjang perjalanan ke rumah juru kunci boleh nampak banyak bekas rumah penduduk kampung. Nampak tapak jer la. Tiba-tiba nampak la rumah juru kunci dan kesan hasil gunung berapi meletus masih boleh nampak lagi. Sungguh dasyat kesan dari awan yang sangat panas .






Rumah juru kunci gunung Merapi

 Menurut pemandu kami, juru kunci tunggu semua penduduk pergi dahulu ke tempat selamat. Beliau bersama beberapa pembantunya dan seorang wartawan sepatutnya keluar dari tempat tersebut selepas juru kunci selesai solat Asar. Namun, mereka tidak sempat untuk keluar. Gunung berapi meletus ketika juru kunci tersebut sedang bersujud. Aku tak boleh bayangkan keadaan masa itu dalam keadaan cemas ketika itu. Lihat kampung yang terlibat sudah yang hanya tinggal tapak sahaja sudah menunjukkan kehebatan gunung Merapi.

Rumah juru dijadikan tempat seperti muzium dimana barang tinggalan penduduk dipaparkan sebagai kesan gunung berapi meletus.










Barang tinggalan penduduk 



Selesai kami melihat kesan gunung berapi dari gunung Merapi kami ke kawasan mula-mula kami sampai. Ada 2 orang perempuan menjual foto yang ada gambar kami sepanjang perjalanan disini. Satu foto Rp 20,000. Aku beli satu sebagai kenangan.

Kami naik kereta Mas Aji untuk balik ke kota Jogja. Mas Aji bercerita kepada aku ketika pada tahun 2010 kesan gunung berapi meletus menyebabkan dia dan kedua ibubapanya hilang tempat tinggal. Dia bersama keluarganya terpaksa tinggal dalam khemah. Mas Aji cerita ketika gunung berapi meletus ada gempa bumi. Hampir satu minit gegarnya dengan skala 6 richter. Aku tidak boleh bayangkan perasaan Mas Aji ketika itu betapa cemasnya peristiwa tersebut. Aku rasa simpati peristiwa itu terjadi. Namun Mas Aji bersyukur rezeki makin bertambah dengan menjadi supir. Dia juga mempunyai rumah sehingga hari ini.


Destinasi seterusnya adalah Sultan Palace ( Kraton Palace) dan  Water Castle (Taman Sari)

Kami tiba di Sultan Palace atau istana Raja Jogja. Kami masuk ke istana kelihatan ramai penjaga istana disini dengan pakaian tradisional jawa. Mas Aji memberitahu kami adakah kami ingin tour guide. Aku tidak mahu tour guide untuk jimat kononnya. Masuk ke istana ini. Menyesal pula tak ambil. Aku nasihatkan kalau nak tahu lebih mendalam tentang istana raja Jogja aku cadangkan ambil tour guide. Anda perlu tambah Rp 30,000 untuk tour guide dan jika anda membawa kamera anda perlu bayar Rp 1,000. Kamera handphone tidak perlu bayaran.













Aku kagum dengan istana sini. Rekabentuk kawasan istana yang luas dan ringkas sudah cukup gah di pemandangan mata. Tidak perlu nak naik tangga bertingkat. Simple can look luxury.
Ketika berjalan aku perasan ada dua orang yang agak berusia seperti membaca sesuatu. Aku tidak faham kerana dialek bahasa jawa sini. Di belakang mereka ada pemain instrumen tradisional.



Kemudian kami masuk bilik dimana paparan sejarah dan barang raja-raja sebelum ini. Paparan kain batik dan simbolik coraknya. Unik juga sebalik corak batik diceritakan.Ada juga paparan sambutan yang disambut masyarakat tempatan. Yang paling aku ingat jika salah seorang puteri raja sudah baligh ( pertama kali datang haid) akan ada sambutan besar-besar untuk mereka. Kiranya satu Jogja tahu yang perihal puteri raja ni. Aku tak dapat bayang jika aku berada tempat puteri raja. Nangis woooo. Mengikut Mas Aji, Raja Jogja dan isterinya masih menetap disini. Cuma sebahagian kawasan mereka dijadikan untuk paparan umum untuk mengetahui sejarah keluarga mereka.

Puas kami berada di Sultan Palace. Mas Aji membawa kami ke WaterCastle. Sebelum kami turun dari kereta. Mas Aji pesan tidak perlu ambil tour guide disini. Kami ikut saja. Kami terus ke pintu masuk.
Mula-mula nak masuk kami agak keliru pintu mana nak menuju dimana gundik-gundik raja dulu mandi . Akhirnya jumpa juga pintunya. Besarlah juga tempatnya. Ikutkan cerita Raja akan melihat gundik-gundiknya mandi melaui tingkap khas. Raja akan memilih siapa yang mahu dia bermalam. Ada juga berpendapat tempat puteri-puterinya dan pemaisuri mandi. Aku pun tak tahu mana yang betul. Aku baca bersumber link ini link 1 & link 2 .





Kolam renang dulunya khas buat gundik-gundik raja.



Kemudian kami menuju Sumur Gumuling yang digelar 'Underground Mosque Taman Sari'  dimana tempat beribadah raja. Mula nak ke tempat ni agak keliru juga. Tiada penunjuk arah ke arah tempat tersebut. Akhirnya kami ambil keputusan ikut belakang dari jauh tour guide yang membawa pelancong dari Jepun.Perjalanan ke Underground Mosque perlu melalui perumahan penduduk disini. Unik juga nak ke sana. 



Menuju ke Sumur Gumuling melalui rumah  penduduk tempatan


Akhirnya sampai juga kesini tapi naik dan turun tangga yang agak tinggi dan mengikut kawasan jalan kurang cahaya. Ramai pula yang datang kesini. Kami tidak berpeluang untuk mengambil disini kerana ramai sangat disini. Apapun kami dapat lihat sendiri keunikan pembinaan disini. 

Laluan ke Sumur Gumuling




Jalan keluar dari Watercastle agak jauh dan perlu lalu kawasan perumahan juga. Tidak lah jauh sangat pun. Cuma penat sedikit.


Sudah keluar dan kami terus ke Mas Aji . Mas Aji bersiap sedia dengan menghidupkan enjin keretannya. Mas Aji ingin membawa kami ke kedai T-shirt dan kain batik. Sepanjang perjalanan ke kedai baju T-shirt Mas Aji membaritahu kami tentang raja Jogja sekarang. Raja Jogja membenarkan rakyatnya tinggal dikawasannya. Memang anda boleh lihat kawasan luar berhampiran Sultan Palace dan Watercastle ramai yang dijadikan rumah kediaman mereka. Sungguh baik hati raja Jogja disini.


 Mula-mula kami singgah kedai T-shirt. Harganya walaupun tidak murah di luar sana tetapi kualitinya sangat baik. Cuma Hanis yang membelinya untuk dua orang anak saudara. Kemudian kami singgah ke kedai butik batik. Aku membeli empat kain sarung untuk keluarga aku sudah cukup sebagai kenangan di Jogja.

Kemudian Mas Aji membawa kami ke tempat kilang kuih Bakpia Pathuk, kuih tradisional di Jogja. Memang kawasan semua jual bakpia. Jika nak datang kembali ingat nombor kilang. Mas Aji memilih nombor 25. Baginya, bakpia nombor 25 lagi enak dari tempat lain . Boleh memilih kuih selain bakpia seperti kudapan tempatan.


"Dinamakan bakpia pathuk karena nama daerah sentra produksi utamanya adalah di wilayah Pathuk, Yogyakarta. Sentra bakpia ini terletak 200 meter barat Malioboro Jogjakarta."

Aku masuk ke kilang dan ramai yang membeli Bakpia disini. Pekerja disini memberi rasa salah satu produk bakpia mereka. Ada pelbagai inti bakpia seperti coklat, nenas, kacang hijau, keju, durian dan kacang hitam. Mungkin ada yang lain cuma larat makan coklat, keju dan kacang hijau. Menurut pekerja disini, bakpia boleh bertahan dua minggu kecuali kacang hijau hanya boleh bertahan empat hari. Harga satu kotak bakpia IDR35,000.  Aku membeli 5 kotak bakpia berinti coklat, keju dan nenas. Pekerja akan bungkuskan bakpia tadi ke dalam kotak besar sedikit yang ada boleh dibawa ke hand carry di dalam kapal terbang.

Selesai kami membeli-belah disini. Perut sudah rasa kelaparan. Kami menuju ke restoran Padang untuk makan tengahari kami disini. Sedap juga makan disini.


Masakan Padang


Aktiviti terakhir pergi ke pasar Malioboro. Mas Aji letakkan kenderaannya di parking yang disediakan. Kami turun terus menuju ke Pasar Malioboro untuk melihat pasar mereka sendiri. Ketika kami tiba di Pasar Malioboro cuaca agak panas. Kami masuk salah satu pintu masuk ke pasar. Orang mula ramai disini. Banyak pilihan pakaian sebagai oleh-oleh. Beberapa minit kemudian kami didalam pasar, kami keluar dari Pasar Malioboro. Sepanjang aku nampak dalam pasar sini. Kawasannya bersih dan boleh nampak tempat sampah yang ada letak sampah organik dan non organik. Nampak sangat mereka disini mengambil serius tentang kebersihan.

Kami tidak membeli apa-apa disini kerana kami sudah membeli tempat lain. Kami datang sekadar mahu lihat pasarnya.

Kami masuk ke kereta Mas Aji. Mas aji bertanya kenapa cepat sangat. Kami ketawa dan beritau Mas Aji sudah cukup untuk hari ini. Nanti terlebih barang-barang tak boleh nak check in beg nanti.

Kami terus ke hotel kami. Sampai di bilik hotel kami terus berehat dan kemas barang untuk keesoknya.

Pada hari terakhir kami di Jogja, kami dihidangkan sarapan pagi dengan Nasi Gudeg. Kami menikmati Nasi Gudeg. Selesai bersarapan, kami check out bilik hotel dan menunggu Mas Aji untuk bertolak ke Lapangan Terbang pada pukul 8.30 pagi.

Tiba di lapangan terbang, kami berterima kasih kepada Mas Aji. Orangnya sangat sabar dan mudah dibawa berbincang. Kami memberi sedikit hadiah dengan memberi sedikit hadiah sebagai tanda terima kasih  dari kami.

Aku mengaku Jogja sebuah daerah istimewa. Mungkin aku akan kembali disini. Ada lagi tempat belum pergi dan terokai. Sampai hari ini  masih teringat Jogja. Bukan sebab filem AADC2 tapi negerinya sungguh istimewa.

Selamat tinggal Jogja. Semoga ketemu lagi













Boleh lihat entri berikut :





Selasa, 21 Februari 2017

Anekdot Perjalanan di Jogja ( Hari 3)

Kami sudah bersiap dengan memakai pakaian untuk aktiviti seterusnya dan pergi ke lobi untuk bersarapan. Menu sarapan kami adalah nasi Langgi. Mas Aji sampai jam 8.00 pagi dan terus ke destinasi berikutnya iaitu Kalisuci. Perjalanan ke Kalisuci mengambil masa 1 jam 30 minit

Menurut Mas Aji, kelmarin Kalisuci terpaksa tutup kerana hujan tanpa henti. Kami bernasib baik pada hari ini kerana hujan tidak turun. Kalisuci akan dibuka jika keadaan sungai baik untuk melakukan aktiviti air seperti cave tubing. Keselamatan di Kalisuci agak rapi daripada Goa pindul.

Setelah tiba di Kalisuci. Mas Aji membayar kemasukkan kami disini. Kemudian staf di Kalisuci membawa kami ke tempat untuk menolong memakai pakaian safety seperti safety jacket, helmet dan pelindung siku lutut.






Setelah selesai memakai pakaian keselamatan. Kami mengambil gambar bersama-sama. Kami perlu berjalan sedikit untuk bertemu dengan sungai .Aku ingatkan boleh terus jumpa sungai. Rupa-rupanya kena turun tangga untuk jumpa sungai tersebut. Tangga tinggi sedikit. Dah macam 90 darjah keadaan tangganya. Menurut staf disini, panjang sungai 600 meter dan kedalaman sungai adalah 3 meter. Dalam juga sungai ni.




Sebelum kami masuk ke sungai, salah seorang staf memberi briefing kepada kami. Kemudian kami turun ke sungai untuk menaiki terapung seorang demi seorang. Ketika ini air sungai agak deras sedikit. Aku rasa gemuruh nak turun untuk naik pelampung. Kami meghala masuk ke gua.

Apabila staf lepaskan aku ke sungai. Aku jadi kaget sekejap sebab pelampung aku dibawa dengan aliran deras sungai. Tiba-tiba aku jatuh dari pelampung. Aku mula cemas dan staf membantu aku dengan membawa ke dinding gua. Staf minta aku berdiri ditepi dan dia menolong aku masuk ke pelampung kembali.






Lega aku. Kami memasuki hampir 2 atau 3 gua. Jujur aku kata memang indah pemandangan disini. Dalam gua ada habitat kelawar. Jangan risau kelawar tidak akan ganggu anda.


Termenung melihat keindahan di Kalisuci.


Video suasana di Kalisuci

Yang paling kelakar selipar Hanis hanyut ke sungai. Namun dapat diselamatkan salah seorang staf disini. Staf agak baik hati. Mereka membantu mengambil gambar untuk anda. Pelbagai aksi kami lakukan  disini. Memang seronok.








Add caption


Walaupun aku bukan lah seorang adventurous tapi aktiviti ini agak menyeronokkan. Dapat juga aku rasa seorang adventurous di Kalisuci. Hahahaha.

Setelah kami berada di garisan yang penamat aktiviti kami. Kami perlu pulang dengan menaiki tangga untuk berada di tapak menunggu.

Oh my gosh! Tangganya. Kaki macam tak larat nak naik ke atas.

" Naik 10 anak tangga. Kemudian rehat dan naik lagi ya. Jalan perlahan aja", kata salah seorang penjaga kami.







Mencabar menaiki tangga selepas selesai bermain cave tubing di Kalisuci


Sebenarnya aku malu. Tak apa lah. Aku paksa diri untuk sampai di atas.




                    

Akhirnya, aku dapat juga aku sampai di tempat menunggu. Nafas aku berbunyi dan cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Sebaik pom pom girl ada di samping aku. Kami terus menaiki dan duduk dibelakang trak menuju tempat kami mula-mula sampai.




Aku yang paling tembam danbertudung purple.


Kami terus menukar ke bilik air yang disediakan untuk tukar pakaian basah kami. Selepas selesai kami makan mi sup indomie dan mi goreng indomie.





Seterusnya, kami bertolak ke pantai Timang dimana perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Sepanjang perjalanan disini agak mencabar dimana jalannya agak berbukit dan berselekoh. Jadi anda hendak datang ke sini, saya nasihatkan bagi yang mudah mabuk dalam kereta atau sebagai berjaga untuk membeli ubat anti mabuk. Ia agak membantu perjalanan anda disini. Ataupun anda tidur saja dalam kereta. Jalannya kebanyakkan tidak bertar untuk ke pantai Timang. Mungkin ada yang pusing kepala.

Setelah sampai di tempat kenderaan untuk ke pantai Timang. Kami perlu menaiki onjet ( orang bawakan kita dengan naik motorsikal). Kami perlu bayar naik onjet dengan harga Rp 50,000/pergi balik untuk seorang.


para onjet menunggu pelanggan mereka.


Perjalanan ke pantai Timang dengan onjet agak menyerononokkan.Cuma aku kesian orang onjet aku ni berapa kali berhenti sebab aku nak betulkan tempat duduk aku. Hahaha. Untuk ke pantai Timang banyak bukit naik ke atas. Agak mencabar nak membawa aku ni. Sadis.

Akhirnya sampai juga aku berada di pantai Timang. Maha Suci Tuhan. Sungguh cantik pemandangan disini. Rasa tenang disini. Aku sempat mengambil gambar disini. Najua dan Wani naik gondola untuk sampai ke pulau bersebelahan. Harga menaiki gondola adalah IDR 100,000. Mereka mengambil peluang gambar dan video suasana disana. Aku, Hanis dan Farah gayat naik gondola tersebut.




kawan aku kata ingatkan percuma kalau nak bergambar sini. Rupa-rupanya kena bayar IDR 20,000.


Gondola 


Pulau di pantai Timang


Pancing di pantai Timang


Pantai Timang pada asalnya adalah tempat penduduk tempatan disini mencari udang lobster dan udang biasa. Pantai mula dikenali apabila beberapa selebriti dari Korea Selatan menjayakan program variety show perlu menjalankan misi mereka disini. Menurut salah seorang onjet kami, hampir 80 % rakyat Malaysia datang ke sini. Onjet itu juga menyatakan paling suka tengok upin dan ipin. Jika anda ingin tahu, sepanjang aku jumpa orang tempatan di Jogja. Mereka akan nyatakan suka dengan upin dan ipin. Dah memang serumpun pun.














Bersama-sama salahsatu onjet kami.


Suasana di pantai Timang

Suasana di pantai Timang


Setelah selesai aktiviti disini. Kami pulang ke mula-mula kami sampai dengan menaiki onjet semula.
Kesian orang onjet aku. Semoga engkau tabah membawa aku ni. Hahahaha

Kemudian terus menuju ke kereta Mas Aji dan teruskan perjalanan ke restoran untuk makan lobster. Tak sabar aku nak makan lobster. Aku siap mimpi nak makan lobster dari Malaysia lagi.

Sampai restoran yang seperti rumah. Kami masuk ke restoran dan terus ke tempat makan kami dengan bersila. Mas Aji order makanan kami. Tiba-tiba Mas Aji memangil aku. Aku pun jadi hairan.

Rupa-rupanya tiada tangkapan lobster ketika itu. Sedihnya. Terus aku panggil Najua untuk menu yang boleh ditukarkan lobster. Sebaik ada udang. Tak apa la asalkan keturunan lobster juga kan. Kemudian tambah satu set dengan tambahan harga IDR 300++. Semoga murah rezeki Najua .

Hidangan sudah siap. Apa lagi melantak lah kami . Sungguh enak masakan mereka ini. Ada sotong goreng tepung pun sedap. Dapat juga makan seafood.


Masakan restoran makanan laut. Memang sedap sehingga menjilat jari, Kegemaran aku adalah sotong goreng tepung.


Setelah selesai kami makan tengahari dengan makan seafood. Kami singgah ke masjid terdekat disini untuk menunaikan solat zohor dan asar ( jama' dan qasar). Setelah selesai solat Mas Aji mencadangkan kami terus ke restoran sate klatak Pak Bari. Mas Aji memberitahu kami untuk berehat dan tidur kerana melihat kami sudah penat. Perjalanan seterusnya memakan masa 2 jam.

Mas Aji mengusik kami. Selepas ni kami boleh berangan di hadapan kami sambil makan sate. Kami sudah tiba di hadapan gerai sate klatak tersebut. Kawasan gerai ini terletak pasar Wonokromo. Mas Aji memberitahu kami gerai sate dibuka tepat jam 7.00 malam. Kami tiba agak awal satu jam di gerai sate. Maka Mas Aji bertawaf di sekeliling kawasan pasar tersebut sambil menunggu gerai sate klatak Pak Bari dibuka. Kemudian hampir 30 minit sebelum kedai sate dibuka kami meminta izin Mas Aji untuk berhentikan kami disepan gerai. Kami akan tunggu di tempat makan kedai sate sahaja sehingga ada kedai dibuka. Sanggup semata-mata nak makan sate ni bukan sebab Rangga ok.


Tonton filem seperti tiada orang. Realitinya ramai juga yang beratur ingin makan disini.


Tepat 7.00 malam kedai sudah dibuka. Aku dapat lihat pekerja di gerai ini sudah mula bakar arang mereka untuk bakar sate mereka. Pekerja wanita membawa menu dan kami terus order makanan dengan menulis order di atas kertas. Kami beri pesanan kami ke salah pekerja disini. Kami memilih tiga jenis masakan sate iaitu sate klanthak , sate bumbu dan sate goreng serta lima es teh ( teh o ais).


Menu ringkas dari Sate Klathak Pak Bari.


Sate klathak adalah sate daging kambing dibakar di atas arang.


Sate kambing sedang dibakar di atas arang


"Penamaan sate klathak pun baru diberikan saat Pak Bari yang meneruskan usaha kuliner tersebut. Semua berawal dari kebiasaan beliau mencari biji melinjo untuk dijual sebagai tambahan uang saku di sela-sela membantu berjualan sate. Saat sedang membakar sate, Pak Bari iseng menempelkan biji melinjo di daging kambing yang dibakarnya. Bagi warga di kawasan Imogiri, daging melinjo juga disebut dengan klathak. Dari situlah ide penamaan sate klathak muncul. Namun ada juga yang menyebutkan bahwa nama sate klathak berasal dari pembakaran daging kambing yang berbunyi "klathak-klathak".                                                   -Petikan tulisan dariDian Norras,www.yogyes.com-

Beberapa minit kemudian makanan dan minuman kami sudah tiba. Rupa-rupanya sate klathak menggunakan pencucuk berupa besi untuk cucuk daging kambingnya. Rasanya tentunya rasa minimalis dimana daging kambing yang lembut dan tiada bau hamis. Tidak perlu kuah kacang dan bawang. Makan begitu sahaja cukup memikat hati aku. Sungguh enak sekali makan sate klathak yang tidak terkata bagi seorang pencinta daging kambing seperti aku. Aku tidak terkejut jika ramai yang sanggup beratur panjang untuk merasakan sate klathak ini.


Sate klathak

Sate bumbu pula ada sedikit masin kerana sate kambing diletakkan atasnya sos seperti kicap. Memang sedap jika dimakan dengan nasi.


Sate bumbu
Sate goreng pula dimana sate kambing dicampurkan seperti rempah kunyit juga sedap jika dimakan dengan nasi kerana ada sedikit masin. Sate-sate semua ini disertakan bersama seperti kuah sup. Boleh tahan juga supnya.





Sate goreng


Sup dihidangkan bersama-sama dengan sate.
Aku lihat orang tempatan makan sate di gerai Pak bari makan sate bersama nasi. Aku dan kawan-kawan aku begitu selera. Cuma sate bumbu dan sate goreng macam ada campur organ dalaman dan agak masin sedikit. Jadi jika anda anda datang ke sini . Jangan lupa pesan nasi sekali. Kalau boleh pesan satu sahaja untuk mengurangkan rasa masin. Namun sate klathak , boleh makan begitu sahaja kerana tidak rasa masin.

Selesai kami makan malam kami di gerai sate klathak Pak Bari teruskan perjalanan ke Sellie Coffee. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 30 minit dek jalan sesak sedikit. Cafe ini terletak Jl. Prawirotaman II. Perjalanan untuk masuk ke kawasan cafe agak sempit. Selepas Mas Aji turunkan kami berhampiran cafe ini. Suasana Sellie Coffee agak unik bagi aku. Agak tenang sedikit walaupun ramai orang. Kebanyakkan ramai yangleka dengan dunia mereka sendiri dengan kawan-kawan mereka atau telefon pintar mereka. 


Sellie Coffee popular kerana sedutan penggambaraan AADC2 dibuat disini.


Kami diberi menu untuk membuat pesanan dengan memberi kertas dan pen. Pekerja disini pesan jika mahu kopi perlu ke kaunter untuk memilih jenis kopi. Kami terus menulis pesanan kami dan aku membawa pesanan ke kaunter. Aku ingin pesan kopi. Aku minta rekemen mana kopi yang kopi tidak rasa masam. Pekerja memberi cadangannya. Aku ikut sahaja pilihan pekerja tersebut.





Sambil menunggu pesanan kami, sudah ada beberapa pemuzik ingin mulakan persembahan. Alunan muzik dari mereka sungguh mengasyikkan. Tidak perlu ada orang bernyanyi dan hanya alunan muzik sudah cukup bagi aku. Ramai disini melayani muzik mereka. 




Pemuzik sedang membuat persembahan di Sellie Coffee


Menu di Sellie Coffee


Satu jam kami berada di Sellie Coffee. Kemudian kami ingin beredar untuk pulang ke hotel.

Mas Aji ingin membawa kami ke Alun-alun selatan dimana ia perjalanan agak dekat dengan hotel kami. Ketika Mas Aji membawa kami di Alun-alun, banyak kereta berhias disini. Ia berkonsepkan ereta berbasikal dan ada mp3 seperti radio. Kereta dihias dengan lampu-lampu LED dengan unik dan menjadi tarikan kepada orang ramai. Kami tidak turun di Alun-alun. Kami cuma melihat gelagat orang disini bermain kereta berhias disini. Kemudian Mas Aji membawa pulang ke hotel. 


Kereta berhias di Alun-alun selatan
sumber : pegipegi.com


Kami balik hotel dan terus membersihkan diri untuk solat. Lepas itu terus tidur. Keesokkannya kami perlu bertolak 3.30 pagi untuk melihat matahari terbit di Gunung merapi..





Boleh baca entri berikutnya: