Kami teruskan perjalanan kami Gunung Merapi. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 2 jam.
Tibanya kami di check point mula, kami perlu menaiki sebuah jeep. Tak sabar aku nak naik jeep. Kami terus menuju check point pertama. Perjalanan agak mencabar disini kerana jalannya berbatu.
Kami tiba di check point pertama kami di sebuah bekas kampung yang aku pun tak ingat nama kampung ni agak berdekatan dengan gunung Merapi. Tak silap aku hampir 4km dari gunung Merapi.Menurut pemandu jeep kami, kali terakhir gunung Merapi meletus pada tahun 2010. Gunung Merapi masih diantara gunung berapi yang masih aktif. Kami tiba di check point pertama dimana matahari masih belum terbit lagi. Kami perlu berjalan dan naik sedikit untuk ke kawasan lapang.Kami mengambil peluang untuk bergambar sambil menikmati matahari terbit.
![]() |
| Pemandangan gunung Merapi sebelum matahari terbit |
![]() |
| Gamabr di check point pertama di bekas kampung berhampiran gunung Merapi |
Aku kagum dengan keindahanNya ketika matahari mula terbit. Jujur aku kata suasananya memang indah disini. Aku rasa kesejukkan Sebaiklah aku pakai sweater dapat kurangkan rasa sejuk. Kami bergambar dan menikmati pemandangan.
Kemudian kami turun untuk ke Bunker Kaliadem dimana tempat perlindungan penduduk kampung disini dulu. Bunker ini sudah siap pada tahun 2005. Kemudian pada tahun 2006, gunung Merapi meletus dan ada dua orang penduduk berlindung di dalam bunker. Sayangnya, kedua-dua orang tersebut meninggal dunia di dalam bunker kerana panas. Kami lihat juga dalam bunker yang boleh muat untuk 30 orang. Kawasan dalam bunker tidak lah besar manapun. Kami terus keluar dari bunker sebab rasa tak selesa pula. Faham-faham jer lah. Hahahahaha

Kami teruskan checkpoint kedua ke kawasan ada batu alien.
![]() |
| Bergambar dalam jeep perjalanan sebelum tiba check point kedua. |
Aku ingatkan batu yang diukir dengan berbentuk alien. Rupa-rupanya pemandu membawa kami memberitahu kami batu tersebut jika dilihat baik akan ada rupa bentuk muka. Sebenarnya batu ini adalah tercampak dari gunung Merapi ketika ia meletus pada tahun 2010.
"Ihwal nama alien, kata Slamet, itu pun sebenarnya plesetan saja. Warga lokal awalnya menyebut itu adalah batu 'alihan' dalam bahasa Jawa. Jika diartikan pada bahasa Indonesia maksudnya adalah batu pindahan dari puncak Merapi yang telah terseret sejauh 7 kilometer hingga sampai kampung Jambu." - sumber dari vivi.co.id-
![]() |
| Boleh nampak muka aliennya? Anda perlukan imaginisasi yang tinggi |
Kami teruskan perjalanan ke check point tiga pula iaitu rumah Mbah Maridjan, juru kunci gunung Merapi. Sepanjang perjalanan ke rumah juru kunci boleh nampak banyak bekas rumah penduduk kampung. Nampak tapak jer la. Tiba-tiba nampak la rumah juru kunci dan kesan hasil gunung berapi meletus masih boleh nampak lagi. Sungguh dasyat kesan dari awan yang sangat panas .
![]() |
| Rumah juru kunci gunung Merapi |
Menurut pemandu kami, juru kunci tunggu semua penduduk pergi dahulu ke tempat selamat. Beliau bersama beberapa pembantunya dan seorang wartawan sepatutnya keluar dari tempat tersebut selepas juru kunci selesai solat Asar. Namun, mereka tidak sempat untuk keluar. Gunung berapi meletus ketika juru kunci tersebut sedang bersujud. Aku tak boleh bayangkan keadaan masa itu dalam keadaan cemas ketika itu. Lihat kampung yang terlibat sudah yang hanya tinggal tapak sahaja sudah menunjukkan kehebatan gunung Merapi.
Rumah juru dijadikan tempat seperti muzium dimana barang tinggalan penduduk dipaparkan sebagai kesan gunung berapi meletus.
![]() |
| Barang tinggalan penduduk |
Selesai kami melihat kesan gunung berapi dari gunung Merapi kami ke kawasan mula-mula kami sampai. Ada 2 orang perempuan menjual foto yang ada gambar kami sepanjang perjalanan disini. Satu foto Rp 20,000. Aku beli satu sebagai kenangan.
Kami naik kereta Mas Aji untuk balik ke kota Jogja. Mas Aji bercerita kepada aku ketika pada tahun 2010 kesan gunung berapi meletus menyebabkan dia dan kedua ibubapanya hilang tempat tinggal. Dia bersama keluarganya terpaksa tinggal dalam khemah. Mas Aji cerita ketika gunung berapi meletus ada gempa bumi. Hampir satu minit gegarnya dengan skala 6 richter. Aku tidak boleh bayangkan perasaan Mas Aji ketika itu betapa cemasnya peristiwa tersebut. Aku rasa simpati peristiwa itu terjadi. Namun Mas Aji bersyukur rezeki makin bertambah dengan menjadi supir. Dia juga mempunyai rumah sehingga hari ini.
Destinasi seterusnya adalah Sultan Palace ( Kraton Palace) dan Water Castle (Taman Sari)
Kami tiba di Sultan Palace atau istana Raja Jogja. Kami masuk ke istana kelihatan ramai penjaga istana disini dengan pakaian tradisional jawa. Mas Aji memberitahu kami adakah kami ingin tour guide. Aku tidak mahu tour guide untuk jimat kononnya. Masuk ke istana ini. Menyesal pula tak ambil. Aku nasihatkan kalau nak tahu lebih mendalam tentang istana raja Jogja aku cadangkan ambil tour guide. Anda perlu tambah Rp 30,000 untuk tour guide dan jika anda membawa kamera anda perlu bayar Rp 1,000. Kamera handphone tidak perlu bayaran.
Aku kagum dengan istana sini. Rekabentuk kawasan istana yang luas dan ringkas sudah cukup gah di pemandangan mata. Tidak perlu nak naik tangga bertingkat. Simple can look luxury.
Ketika berjalan aku perasan ada dua orang yang agak berusia seperti membaca sesuatu. Aku tidak faham kerana dialek bahasa jawa sini. Di belakang mereka ada pemain instrumen tradisional.
Kemudian kami masuk bilik dimana paparan sejarah dan barang raja-raja sebelum ini. Paparan kain batik dan simbolik coraknya. Unik juga sebalik corak batik diceritakan.Ada juga paparan sambutan yang disambut masyarakat tempatan. Yang paling aku ingat jika salah seorang puteri raja sudah baligh ( pertama kali datang haid) akan ada sambutan besar-besar untuk mereka. Kiranya satu Jogja tahu yang perihal puteri raja ni. Aku tak dapat bayang jika aku berada tempat puteri raja. Nangis woooo. Mengikut Mas Aji, Raja Jogja dan isterinya masih menetap disini. Cuma sebahagian kawasan mereka dijadikan untuk paparan umum untuk mengetahui sejarah keluarga mereka.
Puas kami berada di Sultan Palace. Mas Aji membawa kami ke WaterCastle. Sebelum kami turun dari kereta. Mas Aji pesan tidak perlu ambil tour guide disini. Kami ikut saja. Kami terus ke pintu masuk.
Mula-mula nak masuk kami agak keliru pintu mana nak menuju dimana gundik-gundik raja dulu mandi . Akhirnya jumpa juga pintunya. Besarlah juga tempatnya. Ikutkan cerita Raja akan melihat gundik-gundiknya mandi melaui tingkap khas. Raja akan memilih siapa yang mahu dia bermalam. Ada juga berpendapat tempat puteri-puterinya dan pemaisuri mandi. Aku pun tak tahu mana yang betul. Aku baca bersumber link ini link 1 & link 2 .
![]() |
| Kolam renang dulunya khas buat gundik-gundik raja. |
Kemudian kami menuju Sumur Gumuling yang digelar 'Underground Mosque Taman Sari' dimana tempat beribadah raja. Mula nak ke tempat ni agak keliru juga. Tiada penunjuk arah ke arah tempat tersebut. Akhirnya kami ambil keputusan ikut belakang dari jauh tour guide yang membawa pelancong dari Jepun.Perjalanan ke Underground Mosque perlu melalui perumahan penduduk disini. Unik juga nak ke sana.
![]() |
| Menuju ke Sumur Gumuling melalui rumah penduduk tempatan |
Akhirnya sampai juga kesini tapi naik dan turun tangga yang agak tinggi dan mengikut kawasan jalan kurang cahaya. Ramai pula yang datang kesini. Kami tidak berpeluang untuk mengambil disini kerana ramai sangat disini. Apapun kami dapat lihat sendiri keunikan pembinaan disini.
![]() |
| Laluan ke Sumur Gumuling |
Sudah keluar dan kami terus ke Mas Aji . Mas Aji bersiap sedia dengan menghidupkan enjin keretannya. Mas Aji ingin membawa kami ke kedai T-shirt dan kain batik. Sepanjang perjalanan ke kedai baju T-shirt Mas Aji membaritahu kami tentang raja Jogja sekarang. Raja Jogja membenarkan rakyatnya tinggal dikawasannya. Memang anda boleh lihat kawasan luar berhampiran Sultan Palace dan Watercastle ramai yang dijadikan rumah kediaman mereka. Sungguh baik hati raja Jogja disini.
Mula-mula kami singgah kedai T-shirt. Harganya walaupun tidak murah di luar sana tetapi kualitinya sangat baik. Cuma Hanis yang membelinya untuk dua orang anak saudara. Kemudian kami singgah ke kedai butik batik. Aku membeli empat kain sarung untuk keluarga aku sudah cukup sebagai kenangan di Jogja.
Kemudian Mas Aji membawa kami ke tempat kilang kuih Bakpia Pathuk, kuih tradisional di Jogja. Memang kawasan semua jual bakpia. Jika nak datang kembali ingat nombor kilang. Mas Aji memilih nombor 25. Baginya, bakpia nombor 25 lagi enak dari tempat lain . Boleh memilih kuih selain bakpia seperti kudapan tempatan.
"Dinamakan bakpia pathuk karena nama daerah sentra produksi utamanya adalah di wilayah Pathuk, Yogyakarta. Sentra bakpia ini terletak 200 meter barat Malioboro Jogjakarta."
Aku masuk ke kilang dan ramai yang membeli Bakpia disini. Pekerja disini memberi rasa salah satu produk bakpia mereka. Ada pelbagai inti bakpia seperti coklat, nenas, kacang hijau, keju, durian dan kacang hitam. Mungkin ada yang lain cuma larat makan coklat, keju dan kacang hijau. Menurut pekerja disini, bakpia boleh bertahan dua minggu kecuali kacang hijau hanya boleh bertahan empat hari. Harga satu kotak bakpia IDR35,000. Aku membeli 5 kotak bakpia berinti coklat, keju dan nenas. Pekerja akan bungkuskan bakpia tadi ke dalam kotak besar sedikit yang ada boleh dibawa ke hand carry di dalam kapal terbang.
Selesai kami membeli-belah disini. Perut sudah rasa kelaparan. Kami menuju ke restoran Padang untuk makan tengahari kami disini. Sedap juga makan disini.
![]() |
| Masakan Padang |
Aktiviti terakhir pergi ke pasar Malioboro. Mas Aji letakkan kenderaannya di parking yang disediakan. Kami turun terus menuju ke Pasar Malioboro untuk melihat pasar mereka sendiri. Ketika kami tiba di Pasar Malioboro cuaca agak panas. Kami masuk salah satu pintu masuk ke pasar. Orang mula ramai disini. Banyak pilihan pakaian sebagai oleh-oleh. Beberapa minit kemudian kami didalam pasar, kami keluar dari Pasar Malioboro. Sepanjang aku nampak dalam pasar sini. Kawasannya bersih dan boleh nampak tempat sampah yang ada letak sampah organik dan non organik. Nampak sangat mereka disini mengambil serius tentang kebersihan.
Kami tidak membeli apa-apa disini kerana kami sudah membeli tempat lain. Kami datang sekadar mahu lihat pasarnya.
Kami masuk ke kereta Mas Aji. Mas aji bertanya kenapa cepat sangat. Kami ketawa dan beritau Mas Aji sudah cukup untuk hari ini. Nanti terlebih barang-barang tak boleh nak check in beg nanti.
Kami terus ke hotel kami. Sampai di bilik hotel kami terus berehat dan kemas barang untuk keesoknya.
Pada hari terakhir kami di Jogja, kami dihidangkan sarapan pagi dengan Nasi Gudeg. Kami menikmati Nasi Gudeg. Selesai bersarapan, kami check out bilik hotel dan menunggu Mas Aji untuk bertolak ke Lapangan Terbang pada pukul 8.30 pagi.
Tiba di lapangan terbang, kami berterima kasih kepada Mas Aji. Orangnya sangat sabar dan mudah dibawa berbincang. Kami memberi sedikit hadiah dengan memberi sedikit hadiah sebagai tanda terima kasih dari kami.
Aku mengaku Jogja sebuah daerah istimewa. Mungkin aku akan kembali disini. Ada lagi tempat belum pergi dan terokai. Sampai hari ini masih teringat Jogja. Bukan sebab filem AADC2 tapi negerinya sungguh istimewa.
Selamat tinggal Jogja. Semoga ketemu lagi
Boleh lihat entri berikut :
- Yogyakarta ( Jogjakarta) , Indonesia : 5 Hari 4 Malam Itinerari
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 1)
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 2) - part 1
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 2) - part 2
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 3)
- Bajet di Jogja





























Tiada ulasan:
Catat Ulasan