Ahad, 19 Februari 2017

Anekdot Perjalanan di Jogja ( Hari 2)- Part 2



Satu jam lebih kami berada di Gereja Ayam. Kami mengambil gambar sebelum turun ke tempat letak kenderaan.


Aduh! Nak turun pula. Gayat oii. nak bergolek pun ada. Sebaik ada pemegang tangga di tepi tangga.


Video kami menaiki bukit Rhema menuju Gereja Ayam. Acah-acah senyum aku tu.


Perut ni dah berkeroncong dan kelaparan. Kami berkeputusan untuk makan burger yang dibekalkan oleh staf hotel di meja makan berdekatan dengan tempat letak kenderaan. Boleh tahan juga burgernya. Ye la sudah lapar. Apa yang dimakan semua jadi enak. Sedang makan ada dua ekor ayam datang ke arah kami. Kami menghalang ayam-ayam tersebut mendekati kami. Tiba-tiba ada pula geng ayam lain nak datang kepada kami pula.

Sibuk ayam-ayam ni. Boleh pula nak bergaduh berdekatan kami yang sedang makan.

Selepas selesai makan sarapan kami. Kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Candi Borobudur. Perjalanan dari Gereja Ayam, Bukit Rhema ke Candi Borobudur mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Mas Aji meletakkan kenderaannya di tempat yang dikhaskan untuk parking.

" Ingat ya saya letak mobil saya di D ya," kata Mas Aji

Dia membawa kami terus kami ke pintu utama untuk ke Candi Borobudur. Aku meminta izin dengan Mas Aji untuk ke tandas. Perlu bayar R 2,000 sebelum dapat masuk ke tandas dan masuk tersebut ke dalam sebuah tabung besar. Takkan aku nak ambil gambar tabung tu. Dah tak tahan oii.

Aku masuk tandas. Terkejut aku ada cleaner lelaki sedang bersihkan tandas. Aku dah tak tahan nak buang hajat. Lantak la pak cik tu.Asalkan aku tunaikan hajat aku. Hahahaha.

 Tandas di sini sangat bersih. Aku nak minta sebagai rakyat Malaysia sila la jaga kebersihan tandas ya. Jangan nak banjirkan tandas orang. Ingat tu.

Tandas disini ada duduk dan cangkuk. Maka pilihlah sebaiknya.

Selepas selesai buang hajat. Mas Aji bawa aku dan kawan-kawan ke bangunan kaunter khas bagi pelancong antarabangsa. Bangunan kaunter bagi pelancong domestik berdepan dengan pelancong antarabangsa.

Mas Aji membeli tiket untuk kami. Tiba-tiba ada staf membawa bakul yang dalamnya ada tag untuk memilih minuman teh, kopi dan air mineral. Kami memilih satu setiap orang dan menikmati minuman yang disediakan. Rasa tenang pula. Aku tak pasti kenapa kami diberi minuman. Mungkin ada harga istimewa agaknya.

Selepas selasai minum minuman kami. Mas Aji memberi tiket kepada kami. Sebelum kami boleh masuk. Macam ada sensor dihadapan kami untuk tujuan sekuriti.

Perjalanan ke candi Borobudur mengambil masa 10 minit. Kawasan lapang dan taman yang ada disini sangat luas. Ramai peniaga berniaga di dalam kawasan lapang. Namun ada garisan mana mereka boleh berniaga. Rasa perasaan aman dan tenang. Memang cantik dan terjaga kawasan ini.




Pandangan jauh candi Borobudur

Apabila candi Borobudur sudah kelihatan.
" Oh my gosh! tangga lagi. aku tak larat nak naik.Hahahaha," tiba-tiba terkeluar dari mulut aku.


Tangga ke tapak candi Borobudur


Agak tinggi sedikit tangganya sebelum sampai ke tapak candinya.Farah dan Wani naik dahulu. Aku, Najua dan Hanis naik kemudian.

Aduh! Mula lah stamina aku. terpaksa  berehat sebelum sampai ke tapak candi Borobudur.

Setelah sampai tapak candi Borobudur. Aku, Hanis dan Najua cari tempat duduk yang agak redup sedikit. Suasana disini agak damai dan kepanasan dek waktu sudah masuk tengahari. Aku, Hanis dan Najua berbual untuk menghilangkan kepenatan kami.


Rasa macam naik Batu Caves. Aku jadi gayat tengok banyak tangga ni. Hahaha


 Tiba-tiba sekumpulan pelajar cuba menemuramah seorang pelancong berkulit putih. Aku, Najua dan Hanis sangat kagum dengan sekumpulan pelajar ini cuba berkomunasi dalam bahasa bahasa Inggeris. Mat Saleh sangat berbuka hati dan jawab temuramah mereka. Hebat pelajar-pelajat ini. Sungguh berani. Kalau aku memang tolak kawan jer.

" Kita kan tourist. Kenapa dorang tak interview kita," Kata Hanis.
Kami cuma ketawa dengan kata-kata Hanis.

Kemudian, kami berkeputusan ke tingkat satu. Tangga ke puncak agak tinggi. Aku pun jadi gayat sebab kepenatan ( penat panjat mendaki ok. LOL) . Kami memang tak larat nak ke atas.

Rasa rugi pun ada tak naik atas. Tak pe lah asalkan aku dapat gambar di tingkat satu pun cukup. Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar . Apalagi kami pun berbuka hati ditemuramah oleh mereka. Selesai temuramah pelajar-pelajar bergambar dengan kami sebagai bukti tugasan  kepada guru mereka dan kami bersurai.
Pelajar dari SMA Temanggung mengambil gambar bersama setelah selesai menemuramah kami bertiga


Buah tangan dari salah satu kumpulan pelajar yang menemuramah kami.

Maka datanglah lagi kumpulan lain. Dapat la rasa aura selebriti. Boleh dikatakan 5 kumpulan sudah menemuramah kami. Popular juga kami ni.

Aku, Hanis dan Najua mengambil peluang mengambil gambar di candi Borobudur sepuas-puasnya. Bukan senang datang ke sini. Sekurang-kurangnya ada kenangan kami berada disini.




Gambar hasil tangan aku menggunakan telefon pintar mereka.











Enam gambar di atas adalahmereka yang berjaya di puncak candi Borobudur ( kuning: Wani & Merah: Farah)

Kami menuju ke tangga lain untuk turun dan keluar dari candi Borobudur.
Sepanjang kami ingin keluar. Ada peniaga mengejar kami dan merayu membeli barang mereka.

Memang mencabar nak berjalan. Dalam hati ni memang tak sampai hati. Cuma keadaan masa tu agak panas dan aku perlu keluar dari tempat tu disebabkan tidak selesa.Aku ingatkan sudah jumpa pintu keluar. Namun jalan keluar masih jauh. Kami perlu tempuh ikut jalan keluar melalui seperti gerai atau kedai kecil. Serius aku kata memang jauh jalan pintu keluarnya.

Akhirnya bertemu Farah dan Wani. Mereka sedang tunggu kami dan minum air kelapa. Kami semua ambil peluang untuk berehat dan minum air kelapa di sebuah kedai minuman. Tiba-tiba datang peniaga dan berkerumun di sekeliling kami. Kami cepat-cepat minum dan bayar. Hanis dan Najua ada juga membeli sedikit oleh-oleh dari antara peniaga tadi.

Ada pesanan disini. Ketika Hanis beli baju antara peniaga disini. Peniaga jalanan tersebut berjanji menjual dengan harga Rp 150,000 jika beli beberapa baju darinya ( Aku tak ingat berapa Hanis beli). Peniaga tersebut pergi ambil baju lain dari kedainya untuk ambil baju warna lain. Tiba-tiba peniaga ni mengatakan semuanya Rp 175,000. Berhati-hatilah. Jangan ya dan terus beli. Banyak helah mereka ini.Maka anda perlu bertegas. Jangan engkau gaduh sudah. Bertenang ya. Tolak secara baik jika tidak bersetuju dengan harga mereka.

Kami terus menuju ke kereta Mas Aji. Kami beredar ke destinasi berikutnya iaitu Kalibiru. Perjalanan ke Kalibiru mengambil masa 1 jam 30 minit.

Perjalanan ke Kalibiru agak mencabar kerana jalan masuk wisata ini agak cerun. Serius aku kata nak masuk ke parking memang cerun. Gerun aku..
Pada mulanya aku harap Mas Aji letak kenderaannya berdekatan dengan pintu masuk Kalibiru. Namun Mas Aji letak kenderaan tidak jauh sangat dari pintu masuk Kalibiru.

Kami perlu berjalan ke pintu masuk dengan jalan yang sangat curam. Memang curam. Macam nak mendaki oii. Aku pun boleh jadi gayat lihat jalannya.

Selepas membeli tiket , kami naik atas ke atas. Jalannya memang agak curam. Aku dan Najua dah tak larat nak ke atas. Wani dan Farah dah naik ke atas untuk melihat keindahan Kalibiru. Aku ke sana tak lama sebenarnya. Tapi jika anda seorang yang suka ambil gambar ekstrem. Inilah tempat anda. Anda perlu bayar masuk ke spot-spot bergambar antara Rp 10,000 hingga Rp 20,000. Aku cuma bergambar satu spot. Itupun percuma. LOL. Ia berdekatan dengan kedai makan di atas Kalibiru.

Oh ya! Aku lupa kat sini anda boleh bermain flyer fox. Cuma ketika aku datang. Macam tiada orang yang disitu. Ramai yang bergambar disini. Maka ambil masa untuk tunggu giliran. Ya la orang dah excited nak ambil gambar. Setiap spot-spot bergambar ada yang ambil gambar anda. Mereka boleh transfer gambar kepada anda.


Antara spot gambar. Aku tak pasti berapa harga spot seperti ini. Setiap spot lain harganya.


Melihat gelagat orang mengambil gambar




Sungguh cantik pemandangan di Kalibiru
Spot percuma. Hahahaha. 


Ada beberapa spot anda perlu turun bukit. Namun anda nak balik memang kena naik bukit. Memang penat aku tengok.

Aku, Hanis dan Najua turun ke tempat makan. Ia tidak jauh dari pintu masuk .Maka kami berehat dengan membeli minuman sejuk serta air Red Bull ( disini dipanggil Krating Daeng). Najua membeli goreng pisang dan bule-bule tauhu ( beli di gerai kecil. Tauhu bulat di goreng. Harganya amat murah. Seingat aku harganya bawah Rp 10,000 dapat 10 biji).


Bule-bule tauhu





Aku,Hanis dan Najua berbual sambil menikmati makanan disini. Hilang juga kepenatan kami. Kami menunggu Wani dan Farah yang sedang bergambar di spot bergambar. Ye la kami ni gayar nak naik atas ( Sebenarnya aku penat. Banyak songeh aku ni).

Tiba-tiba tuan gerai ini seorang mak cik yang tua bertanya asal kami dari mana. Kami membalasnya kami dari Malaysia. Hatinya begitu girang mendapat tahu kami dari Malaysia. Mak cik mengucapkan terima kasih kepada kami secara tiba-tiba. Aku pun jadi keliru sekejap kami cuma membeli minuman dari gerai dia sahaja. Rupa-rupanya dapatkan hidupkan kawasan Kalibiru dan penduduk tempatan dapat mencari rezeki. Kami pun hanya membalas dengan senyuman.

Akhirnya, Farah dan Wani sudah selesai bergambar hampir 1 jam kami menunggu mereka. Menurut Wani dan Farah terpaksa menunggu giliran untuk bergambar dan transfer gambar mereka ke handphone mereka.

Kami pergi turun ke Mas Aji. Gayat oiii nak turun bukit ni. Rasa nak bergolek. Bukitnya seperti di bukit Rhema tapi tiada pemenggang di tepi. Seram nak tengok bawah.Hahahaha.

Setelah selesai aktiviti kami, Mas Aji membawa ke hotel.Setelah Mas Aji menurunkan kami di hotel. Kami pergi bersihkan diri kami dan solat

Selepas solat Maghrib, kami pergi mencari makanan. Mula-mula nak cari bakso di Jalan Malioboro. Tidak jauh dari hotel kami. Kami berjalan 5 minit samapai di sana.Namun kami tidak jumpa kedai bakso yang ingin kami bakso walaupun ada sahaja gerai bakso di situ.
Tiba-tiba kami perasan orang jual seperti kuih putu bambu. Ia di panggil kuih puthu disini. Harganya 2 biji Rp 2,500. Kami berjalan ada di antara kami beli satu kotak kuih trandisional di sini iaitu bakpia. Ia hanya boleh bertahan satu minggu sahaja. Ia berharga Rp 15,000.


atas : Soto Ayam
bawah : kuih muih yang dijual di jalan Malioboro.



Akhirnya kami makan malam di sebuah kedai yang baru dibuka. Kami memesan soto ayam dan minuman masing-masing.

Baru aku tau. Jika di Indonesia mereka hidang dengan nasi. Jika di negara kita dihidang dengan nasi impit. Menarik juga. Dapat pula legakan perut aku ni. Rupa-rupanya tuan kedai asal dari U.S berhijrah ke jogja dan baru tiba dua bulan yang lalu. Menarik juga cerita tuan kedai.

Selepas selesai makan kami pergi ke hotel dan sambung tidur. Esok kami boleh bangun lambat sedikit. Esok aktiviti kami bersambung pada pukul 8.00 pagi



Boleh baca entri berikutnya:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan