Menurut Mas Aji, kelmarin Kalisuci terpaksa tutup kerana hujan tanpa henti. Kami bernasib baik pada hari ini kerana hujan tidak turun. Kalisuci akan dibuka jika keadaan sungai baik untuk melakukan aktiviti air seperti cave tubing. Keselamatan di Kalisuci agak rapi daripada Goa pindul.
Setelah tiba di Kalisuci. Mas Aji membayar kemasukkan kami disini. Kemudian staf di Kalisuci membawa kami ke tempat untuk menolong memakai pakaian safety seperti safety jacket, helmet dan pelindung siku lutut.
Setelah selesai memakai pakaian keselamatan. Kami mengambil gambar bersama-sama. Kami perlu berjalan sedikit untuk bertemu dengan sungai .Aku ingatkan boleh terus jumpa sungai. Rupa-rupanya kena turun tangga untuk jumpa sungai tersebut. Tangga tinggi sedikit. Dah macam 90 darjah keadaan tangganya. Menurut staf disini, panjang sungai 600 meter dan kedalaman sungai adalah 3 meter. Dalam juga sungai ni.
Sebelum kami masuk ke sungai, salah seorang staf memberi briefing kepada kami. Kemudian kami turun ke sungai untuk menaiki terapung seorang demi seorang. Ketika ini air sungai agak deras sedikit. Aku rasa gemuruh nak turun untuk naik pelampung. Kami meghala masuk ke gua.
Apabila staf lepaskan aku ke sungai. Aku jadi kaget sekejap sebab pelampung aku dibawa dengan aliran deras sungai. Tiba-tiba aku jatuh dari pelampung. Aku mula cemas dan staf membantu aku dengan membawa ke dinding gua. Staf minta aku berdiri ditepi dan dia menolong aku masuk ke pelampung kembali.
Lega aku. Kami memasuki hampir 2 atau 3 gua. Jujur aku kata memang indah pemandangan disini. Dalam gua ada habitat kelawar. Jangan risau kelawar tidak akan ganggu anda.
![]() |
| Termenung melihat keindahan di Kalisuci. |
Video suasana di Kalisuci
Yang paling kelakar selipar Hanis hanyut ke sungai. Namun dapat diselamatkan salah seorang staf disini. Staf agak baik hati. Mereka membantu mengambil gambar untuk anda. Pelbagai aksi kami lakukan disini. Memang seronok.
![]() |
| Add caption |
Walaupun aku bukan lah seorang adventurous tapi aktiviti ini agak menyeronokkan. Dapat juga aku rasa seorang adventurous di Kalisuci. Hahahaha.
Setelah kami berada di garisan yang penamat aktiviti kami. Kami perlu pulang dengan menaiki tangga untuk berada di tapak menunggu.
Oh my gosh! Tangganya. Kaki macam tak larat nak naik ke atas.
" Naik 10 anak tangga. Kemudian rehat dan naik lagi ya. Jalan perlahan aja", kata salah seorang penjaga kami.
![]() |
| Mencabar menaiki tangga selepas selesai bermain cave tubing di Kalisuci |
Sebenarnya aku malu. Tak apa lah. Aku paksa diri untuk sampai di atas.

Akhirnya, aku dapat juga aku sampai di tempat menunggu. Nafas aku berbunyi dan cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Sebaik pom pom girl ada di samping aku. Kami terus menaiki dan duduk dibelakang trak menuju tempat kami mula-mula sampai.
![]() |
| Aku yang paling tembam danbertudung purple. |
Kami terus menukar ke bilik air yang disediakan untuk tukar pakaian basah kami. Selepas selesai kami makan mi sup indomie dan mi goreng indomie.
Seterusnya, kami bertolak ke pantai Timang dimana perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Sepanjang perjalanan disini agak mencabar dimana jalannya agak berbukit dan berselekoh. Jadi anda hendak datang ke sini, saya nasihatkan bagi yang mudah mabuk dalam kereta atau sebagai berjaga untuk membeli ubat anti mabuk. Ia agak membantu perjalanan anda disini. Ataupun anda tidur saja dalam kereta. Jalannya kebanyakkan tidak bertar untuk ke pantai Timang. Mungkin ada yang pusing kepala.
Setelah sampai di tempat kenderaan untuk ke pantai Timang. Kami perlu menaiki onjet ( orang bawakan kita dengan naik motorsikal). Kami perlu bayar naik onjet dengan harga Rp 50,000/pergi balik untuk seorang.
![]() |
| para onjet menunggu pelanggan mereka. |
Perjalanan ke pantai Timang dengan onjet agak menyerononokkan.Cuma aku kesian orang onjet aku ni berapa kali berhenti sebab aku nak betulkan tempat duduk aku. Hahaha. Untuk ke pantai Timang banyak bukit naik ke atas. Agak mencabar nak membawa aku ni. Sadis.
Akhirnya sampai juga aku berada di pantai Timang. Maha Suci Tuhan. Sungguh cantik pemandangan disini. Rasa tenang disini. Aku sempat mengambil gambar disini. Najua dan Wani naik gondola untuk sampai ke pulau bersebelahan. Harga menaiki gondola adalah IDR 100,000. Mereka mengambil peluang gambar dan video suasana disana. Aku, Hanis dan Farah gayat naik gondola tersebut.
![]() |
| kawan aku kata ingatkan percuma kalau nak bergambar sini. Rupa-rupanya kena bayar IDR 20,000. |
![]() |
| Gondola |
![]() |
| Pulau di pantai Timang |
![]() |
| Pancing di pantai Timang |
Pantai Timang pada asalnya adalah tempat penduduk tempatan disini mencari udang lobster dan udang biasa. Pantai mula dikenali apabila beberapa selebriti dari Korea Selatan menjayakan program variety show perlu menjalankan misi mereka disini. Menurut salah seorang onjet kami, hampir 80 % rakyat Malaysia datang ke sini. Onjet itu juga menyatakan paling suka tengok upin dan ipin. Jika anda ingin tahu, sepanjang aku jumpa orang tempatan di Jogja. Mereka akan nyatakan suka dengan upin dan ipin. Dah memang serumpun pun.
![]() |
| Bersama-sama salahsatu onjet kami. |
Suasana di pantai Timang
Suasana di pantai Timang
Setelah selesai aktiviti disini. Kami pulang ke mula-mula kami sampai dengan menaiki onjet semula.
Kesian orang onjet aku. Semoga engkau tabah membawa aku ni. Hahahaha
Kemudian terus menuju ke kereta Mas Aji dan teruskan perjalanan ke restoran untuk makan lobster. Tak sabar aku nak makan lobster. Aku siap mimpi nak makan lobster dari Malaysia lagi.
Sampai restoran yang seperti rumah. Kami masuk ke restoran dan terus ke tempat makan kami dengan bersila. Mas Aji order makanan kami. Tiba-tiba Mas Aji memangil aku. Aku pun jadi hairan.
Rupa-rupanya tiada tangkapan lobster ketika itu. Sedihnya. Terus aku panggil Najua untuk menu yang boleh ditukarkan lobster. Sebaik ada udang. Tak apa la asalkan keturunan lobster juga kan. Kemudian tambah satu set dengan tambahan harga IDR 300++. Semoga murah rezeki Najua .
Hidangan sudah siap. Apa lagi melantak lah kami . Sungguh enak masakan mereka ini. Ada sotong goreng tepung pun sedap. Dapat juga makan seafood.
![]() |
| Masakan restoran makanan laut. Memang sedap sehingga menjilat jari, Kegemaran aku adalah sotong goreng tepung. |
Setelah selesai kami makan tengahari dengan makan seafood. Kami singgah ke masjid terdekat disini untuk menunaikan solat zohor dan asar ( jama' dan qasar). Setelah selesai solat Mas Aji mencadangkan kami terus ke restoran sate klatak Pak Bari. Mas Aji memberitahu kami untuk berehat dan tidur kerana melihat kami sudah penat. Perjalanan seterusnya memakan masa 2 jam.
Mas Aji mengusik kami. Selepas ni kami boleh berangan di hadapan kami sambil makan sate. Kami sudah tiba di hadapan gerai sate klatak tersebut. Kawasan gerai ini terletak pasar Wonokromo. Mas Aji memberitahu kami gerai sate dibuka tepat jam 7.00 malam. Kami tiba agak awal satu jam di gerai sate. Maka Mas Aji bertawaf di sekeliling kawasan pasar tersebut sambil menunggu gerai sate klatak Pak Bari dibuka. Kemudian hampir 30 minit sebelum kedai sate dibuka kami meminta izin Mas Aji untuk berhentikan kami disepan gerai. Kami akan tunggu di tempat makan kedai sate sahaja sehingga ada kedai dibuka. Sanggup semata-mata nak makan sate ni bukan sebab Rangga ok.
![]() |
| Tonton filem seperti tiada orang. Realitinya ramai juga yang beratur ingin makan disini. |
Tepat 7.00 malam kedai sudah dibuka. Aku dapat lihat pekerja di gerai ini sudah mula bakar arang mereka untuk bakar sate mereka. Pekerja wanita membawa menu dan kami terus order makanan dengan menulis order di atas kertas. Kami beri pesanan kami ke salah pekerja disini. Kami memilih tiga jenis masakan sate iaitu sate klanthak , sate bumbu dan sate goreng serta lima es teh ( teh o ais).
![]() |
| Menu ringkas dari Sate Klathak Pak Bari. |
Sate klathak adalah sate daging kambing dibakar di atas arang.
Sate kambing sedang dibakar di atas arang
"Penamaan sate klathak pun baru diberikan saat Pak Bari yang meneruskan usaha kuliner tersebut. Semua berawal dari kebiasaan beliau mencari biji melinjo untuk dijual sebagai tambahan uang saku di sela-sela membantu berjualan sate. Saat sedang membakar sate, Pak Bari iseng menempelkan biji melinjo di daging kambing yang dibakarnya. Bagi warga di kawasan Imogiri, daging melinjo juga disebut dengan klathak. Dari situlah ide penamaan sate klathak muncul. Namun ada juga yang menyebutkan bahwa nama sate klathak berasal dari pembakaran daging kambing yang berbunyi "klathak-klathak". -Petikan tulisan dariDian Norras,www.yogyes.com-
Beberapa minit kemudian makanan dan minuman kami sudah tiba. Rupa-rupanya sate klathak menggunakan pencucuk berupa besi untuk cucuk daging kambingnya. Rasanya tentunya rasa minimalis dimana daging kambing yang lembut dan tiada bau hamis. Tidak perlu kuah kacang dan bawang. Makan begitu sahaja cukup memikat hati aku. Sungguh enak sekali makan sate klathak yang tidak terkata bagi seorang pencinta daging kambing seperti aku. Aku tidak terkejut jika ramai yang sanggup beratur panjang untuk merasakan sate klathak ini.
Sate klathak
Sate bumbu pula ada sedikit masin kerana sate kambing diletakkan atasnya sos seperti kicap. Memang sedap jika dimakan dengan nasi.
![]() |
| Sate bumbu |
![]() |
| Sate goreng |
![]() |
| Sup dihidangkan bersama-sama dengan sate. |
Selesai kami makan malam kami di gerai sate klathak Pak Bari teruskan perjalanan ke Sellie Coffee. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 30 minit dek jalan sesak sedikit. Cafe ini terletak Jl. Prawirotaman II. Perjalanan untuk masuk ke kawasan cafe agak sempit. Selepas Mas Aji turunkan kami berhampiran cafe ini. Suasana Sellie Coffee agak unik bagi aku. Agak tenang sedikit walaupun ramai orang. Kebanyakkan ramai yangleka dengan dunia mereka sendiri dengan kawan-kawan mereka atau telefon pintar mereka.
![]() |
| Sellie Coffee popular kerana sedutan penggambaraan AADC2 dibuat disini. |
Kami diberi menu untuk membuat pesanan dengan memberi kertas dan pen. Pekerja disini pesan jika mahu kopi perlu ke kaunter untuk memilih jenis kopi. Kami terus menulis pesanan kami dan aku membawa pesanan ke kaunter. Aku ingin pesan kopi. Aku minta rekemen mana kopi yang kopi tidak rasa masam. Pekerja memberi cadangannya. Aku ikut sahaja pilihan pekerja tersebut.
Sambil menunggu pesanan kami, sudah ada beberapa pemuzik ingin mulakan persembahan. Alunan muzik dari mereka sungguh mengasyikkan. Tidak perlu ada orang bernyanyi dan hanya alunan muzik sudah cukup bagi aku. Ramai disini melayani muzik mereka.
Pemuzik sedang membuat persembahan di Sellie Coffee
![]() |
| Menu di Sellie Coffee |
Satu jam kami berada di Sellie Coffee. Kemudian kami ingin beredar untuk pulang ke hotel.
Mas Aji ingin membawa kami ke Alun-alun selatan dimana ia perjalanan agak dekat dengan hotel kami. Ketika Mas Aji membawa kami di Alun-alun, banyak kereta berhias disini. Ia berkonsepkan ereta berbasikal dan ada mp3 seperti radio. Kereta dihias dengan lampu-lampu LED dengan unik dan menjadi tarikan kepada orang ramai. Kami tidak turun di Alun-alun. Kami cuma melihat gelagat orang disini bermain kereta berhias disini. Kemudian Mas Aji membawa pulang ke hotel.
![]() |
| Kereta berhias di Alun-alun selatan sumber : pegipegi.com |
Kami balik hotel dan terus membersihkan diri untuk solat. Lepas itu terus tidur. Keesokkannya kami perlu bertolak 3.30 pagi untuk melihat matahari terbit di Gunung merapi..
Boleh baca entri berikutnya:
- Yogyakarta ( Jogjakarta) , Indonesia : 5 Hari 4 Malam Itinerari
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 1)
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 2) - part 1
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 2) - part 2
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 4 & Hari 5)
- Bajet di Jogja


































Tiada ulasan:
Catat Ulasan