Kedengaran jam telefon bimbit berbunyi jam 2.30 pagi. Aku terus mandi dan bersiap dengan pakaian sesuai meng'hiking'.
Aku dan kawan-kawan terus turun lobi untuk menunggu Mas Aji mengambil kami ke destinasi seterusnya iaitu Puthuk Setumbu untuk melihat matahari terbit. Staf hotel yang sungguh baik hati membekalkan kami burger yang dimasak khas untuk kami sebelum kami bertolak
Mas Aji sudah sampai di hadapan hotel seperti dijanjikan jam 3.30 pagi dia akan ambil ke Puthuk Setumbu. Perjalanan kami tiba ke Puthuk Setumbu mengambil masa 1 jam 15 minit.
Ketika tiba di Puthuk Setumbu, masih gelap lagi. Azan Subuh pun sudah berkemundang.
Aku dan Hanis sudah ada wudhuk yang kami sudah siap ambil wudhuk dari hotel agar mudah untuk menunaikan solat kami di Puthuk Setumbu. Najua, Farah dan Wani pergi ke tandas.Menurut mereka, tandas di sini agak memuaskan.
Musholla disini agak terbuka macam wakaf yang biasa ada di Rnr di Malaysia dan kecil ruangnya. Musholla tiada penghadang halang memisahkan laki dan perempuan. Ia juga muat untuk bawah 10 orang. Walaupun musholla agak terbuka tiada masalah bagi kami untuk menunaikan solat. Cepat-cepat kami solat. Takkan nak bertapak sampai 1 jam pula
Selesai menunaikan solat. Aku dan kawan-kawan ambil gambar di garis permulaan Puthuk Setumbu.
Aduh...
Sepanjang aku naik ke Puthuk Setumbu stamina aku memang teruk. Sebaikla ada pom pom girl aku bawa ni, Hanis. Aku dan Najua 2-2 stamina tak bagus. Rasa penat nak naik .Hahahaha .
Sepanjang perjalanan agak berbukit sikit dan bertangga.
Wani dan Farah sudah laju ke depan. Apapun kawan-kawan aku baik hati sangat sanggup tunggu aku dan memberi semangat untuk sampai ke puncak. Perjalanan ke puncak Puthuk Setumbu bagi aku yang kekurangan stamina. Rasa lama pula nak sampai ke puncak. Tiba-tiba ada pak cik yang jaga dalam perjalanan ke puncak memberi semangat
"gak perlu digesa. Jalan perlahan aja ya"
Aku membalas dengan senyuman dengan suara aku ambil nafas yang berbunyi .
Aduhai! malu aku.
Sebelum ke puncak ada seperti dua laluan. Kawan aku pilih jalan short cut. Memang short cut benor. tangga nak naik sungguh tinggi. Aku ingatkan dah sampai. Rupa-rupanya ada lagi tangga nak panjat.
Reda je la.
Satu jam kemudian, aku dan kawan-kawan sudah sampai ke puncak. Hati aku rasa sebak sebab akhirnya sudah berada di puncak juga. Masih gelap lagi untuk melihat matahari terbit. Aku dan Najua pergi duduk atas bangku di situ. Ramai juga berada di atas untuk menyaksikkan matahari terbit bersama. Ada yang membawa kamera DSLR untuk merakam matahari terbit.
![]() |
| Episod matahari terbit di pucak Punthuk Setumbu |
Aku menikmati udara segar disini. Ya Allah. . Aku bersyukur dengan melihat ciptaanNya. Akhirnya , sudah mula nampak matahari terbit. Ramai yang mengambil peluang bergambar di sini. Aku menghirup sepuas-puas udara yang segar. Bukan mudah dapat udara bersih seperti ini.
Aku dan kawan-kawan mengambil peluang gambar di sana. memang cantik di sana. Kami berada di Puthuk Setumbu agak lama juga. Di puncak Puthuk Setumbu ada spot khas anda boleh ambil gambar. Jika anda bijak menggunakan kreativiti seni fotografi. Memang akan nampak menarik bergambar disini.


![]() |
| Ada beberapa spot tempat bergambar di puncak Punthuk Setumbu. |
![]() |
| Padangan dari atas melihat gelagat orang mengambil gambar. |
![]() |
| Inilah pom pom girl aku, Cik Hanis. Ambil gambar di puncak. |
Selepas dua jam kami selesai di puncak Puthuk Setumbu, kami turun untuk ke destinasi seterusnya. Sepanjang perjalanan untuk turun. Baru la aku nampak jalannya.
Alahai. Ni ke aku naik ni.
![]() |
| Trak perlu aku tempuhi. Nampak sangat aku kurang stamina. |
Cet! Nampak sangat stamina aku tak kuat. Hahaha. Cepat je aku turun ni.
![]() |
| Perjalanan turun dari puncak Punthuk Setumbu. |
Setelah sampai di bawah, aku perasan papan menceritakan tentang Punthuk Setumbu. Aku tak ingat sangat tentang tempat ini. Apa yang aku ingat tempat sama tinggi seperti perjalanan ke puncak ke kuil Borobudur. Simbolik kita ni jauh dari nafsu duniawi.
Patutla ada rasa insaf dalam hati aku ketika berada di puncak.
Kami terus bertemu Mas Aji dan terus ke destinasi seterusnya di mana Rangga dan Cinta berbual berdua di Gereja Ayam, Bukit Rhema.
Perjalanan dari Punthuk Setumbu ke Gereja Ayam, Bukit Rhema agak dekat. Melalui Google Map, dalam 5 minit dengan menaiki kereta. Mas Aji letakkan kenderaannya di tempat parking yang disediakan dan terus membeli tiket ke
Sampai di sini, pandangan awal aku tentang gereja Ayam meleset . Aku ingatkan nak ke Gereja ayam dari tempat letak kenderaan ke gerejanya jalannya mudah.
Mak oii..
Jalan bukit yang curam dalam 55 darjah cerunnya. Sepanjang perjalanan ke Gereja Ayam, aku dan Najua memang kepenatan dek stamina kami. Aku pun dah mula pening
Dalam hati aku, aku sumpah-sumpah kepada Rangga. Awatla hang pi bawa Cinta kat sini oii. Tak bernafas aku nak naik atas. Aku siap pegang pemegang tangga di tepi sebab dah mula rasa gayat. Yela cerun tinggi sangat. Rasa nak bergolek kat atas jalannya. LOL
![]() |
| Aku tak nak naik atas kepala gereja ni sebab merajuk dengan Rangga. |
Sampai hati kau, Rangga. Engkau curang! LOL. Aku ingatkan jalanya mendatar. Rupa-rupanya curam benor nak naik walaupun jalannya cantik.
Sebaik pom pom girl aku bagi semangat. Kalau tak memang aku naik separuh jalan sahaja nampaknya.
Setiba kami sampai di Gereja Ayam. Baru la aku boleh bernafas. Aku dan Najua siap duduk di bangku. Sebelum dapat masuk ke bangunan Gereja Ayam, kami perlu tunjukkan tiket.
![]() |
| Gereja Ayam, Bukit Rhema |
Aku dan Najua memang tak sanggup naik ke atas sebab kepenatan.
![]() |
| Duduk jer la. Aku yang berbaju merah dan bertudung hitam. |
Hanis, Farah dan Wani naik ke atas kepala Gereja Ayam. Menurut mereka, sungguh cantik pandangan di atas.
![]() |
| Hanis dan Farah berada di atas kepala Gereja Ayam. Sungguh cantik pemandangannya. |
![]() |
| Laluan masuk dan keluar ke kepala Gereja Ayam |
Aku di tingkat bawah mengambil gambar. Bangunan ini dalam proses renovasi.
![]() |
| Pemandangan jalan masuk ke bangunan Gereja Ayam. |
![]() |
| Pandangan luar dari Gereja Ayam di tingkat bawah |
Sebenarnya Gereja Ayam bentuknya bukan ayam tapi bentuk burung merpati. Pemilik bangunan ini adalah Daniel Alamsyah. Tuan bangunan ini visi membangunkan bangunan ini pada tahun 1988 melalui inspirasi mimpi merpati. Ia mula dibangunkan pada tahun 1992. Bangunan ini sudah siap 60 peratus buat masa ini.
Kami berpeluan untuk mengambil gambil gambil persekitan Gereja Ayam . Memang besar gereja ini. Tujuh tingkat keseluruhan bangunan ini.
Tak rugi anda datang ke sini. Cuma perlukan latihan stamina sebelum anda naik ke bukit ini.
Akan datang aku akan sambung untuk Bahagian 2 untuk Hari kedua.
Boleh baca entri berikutnya:
- Yogyakarta ( Jogjakarta) , Indonesia : 5 Hari 4 Malam Itinerari
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 1)
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 2) - part 2
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 3)
- Anekdot perjalanan Jogjakarta ( Hari 4 & Hari 5)
- Bajet di Jogja
























gbr ak ngn papan punthuk setumbu mcm ak xde je??hmmm....
BalasPadamhanis ker ni?. Nak aku letak ker? Hahahahah
Padam