Selepas selasai urusan ketibaan di lapangan terbang. Kami disambut oleh supir ( Mas Aji) dan Pak Eko. Aku mula rasa pusing dek kapal terbang yang kami naik terpaksa tangguh pendaratan ke lapangan selama 20 minit. Perut ini sudah berkeroncong.
Sebelum kami memulakan aktiviti kami, Mas Aji membawa kami ke Restoran Bale Bengong. Restoran Bale Bengongan menyediakan makanan masakan ringkas Indonesia yang sungguh enak. Aku siap tambah dua pinggan.
| ||
| Makanan di Restoran Bale Lembonngan |
Fuh...
Sedap hingga menjilat jari ni. Hahaha.
Selesai makan tengahari dan solat di restoran tersebut, kami meneruskan dengan Mas Aji memandu ke destinasi seterusnya, Hutan Pinus.
Perjalanan ke Hutan Pinus mengambil masa hampir satu jam. Sepanjang perjalanan ke Hutan Pinus, saya tidak sangka keindahan pokok pine memang betul-betul di mata saya.
Tibanya kami di Hutan Pinus. Cuaca amat menyamankan. Aku hirup udara segar sepuas-puasnya. Suasana Hutan Pinus sangat indah sekali. Tidak terkata. Bagi sesiapa yang menghargai dan mencintai alam semulajadi amat sesuai datang ke sini. Sungguh cantik.
Kepenatan aku terus hilang ketika aku asyik melihat pokok-pokok pines di sini.
Kami mengambil gambar sebanyak boleh sebagai memori kami di sini.
Kepenatan aku terus hilang ketika aku asyik melihat pokok-pokok pines di sini.
Kami mengambil gambar sebanyak boleh sebagai memori kami di sini.
Keindahan Hutan Pinus memang tidak terkata. Kadangkala tiupan angin membuatkan pokok Pine ni akan bergoyang. Akan kedengaran bunyi yang indah dari pokok bergoyang. Puitis benar aku ni. hihihi. Setelah puas kami di Hutan Pinus. Kami bertolak ke destinasi lain.
Destinasi berikutnya ialah Gumuk Pasir, Parangtritis. Cuaca yang baik ketika kami sampai di Gumuk Pasir. Bagi sesiapa yang peminat fotografi, kemungkinan inilah amat sesuai untuk anda mengambil gambar dengan kreativiti masing.
" Gumuk pasir ini salah satu bentang alam yang proses pembentukannya dipengaruhi angin, terbentuk karena pasir yang menumpuk dalam jumlah besar.
Tumpukan pasir ini berasal dari hasil erupsi Gunung Merapi yang endapannya dibawa oleh sungai-sungai yang bermuara di Pantai Selatan. Antara lain Sungai Opak dan Sungai Progo.
Setelah terendap di pinggir pantai, barulah angin dari Samudera Hindia mengukir tumpukan pasir ini. Jadilah bentang alam yang unik "
-Sri Anindiati Nursastri, travel kompas.com-
- 24 Oktober 2016-
Anda boleh juga bermain sandboarding dengan menyewa alat papannya Rp 100,000. Namun, saya dan kawan-kawan tidak mengambil peluang untuk sandboarding kerana keadaan di situ tidak sesuai untuk ber'sandboarding'. ( Padahal dalam hati malas nak pajat balik. hahahaha)
Kami berada di Gumuk Pasir hanya 30 minit. Terkejut Mas Aji melihat kami terlalu awal ke destinasi seterusnya. Ye la. Tak tahu nak buat apa di situ. Mengikut list itenerari kami sebenarnya, makan malam kami adalah makan sate klatak. Boleh la jumpa bayangan Rangga katakan. Menurut Mas Aji terlalu awal lagi nak ke sana kerana tempat makan sate tersebut dibuka pukul 7 malam.
Jam tangan baru masih pukul 4 petang. Awal sangat pergi ke sana.
Mas Aji bercadang untuk membawa kami Pantai Parangtritis tidak jauh dari Pasir Gumuk. Kami pun bersetuju tanpa bantahan.
Sampai disana, ombak pantai tinggi oiii. Mas Aji memberitahu kami, pantai ini tidak sesuai dibuat berenang kerana ombak yang tinggi yang tidak tentu masa dan air pantai yang tidak sesuai yang untuk mandi. Tapi aku tengok ada saja orang tempatan yang berani berenang disitu. Mungkin mereka sudah terbiasa dan tiada kesan jika berenang.
Tengok ombak pantai ini, aku pun tak berani nak masuk laut. Bukan tak reti berenang tapi faktor keselamatan. Anginnya memang kuat. Kami hanya berjalan di persisiran dan berpeluang mengambil gambar.
Selepas sejam lebih kami di pantai tersebut, Mas Aji bercadang kami semua terus check in hotel dan mencari tempat makan lain untuk mengantikan sate klatak.Jika ke tempat sate klatak ketika itu terlalu awal. Mas Aji melihat kami sudah kepenatan. Mas Aji bercadang pergi destinasi sate klatak pada hari ketiga kami di sini.
Tiba-tiba Najua inginkan makan Nasi Gudeg iaitu makanan amat dikenali di Jogja. Apalagi Mas Aji terus membawa kami terus ke tempat Nasi Gudeg yang sedap dan enak yang ada di bandar Jogja.
Setibanya kami tiba di sebuah restoran yang menghidangkan Nasi Gudeg. Kami terus order makanan kami. Ye la perut lapar sangat. Sudah ada muzik keroncong dalam perut aku ni. Hahaha.
Aku dan kawan-kawan semua order Nasi Gudeg, 3 air alpukat (minuman berasaskan avocado) dan 2 air Teh botol ( minuman yang popular di Indonesia keluaran Sosro).
Gudeg adalah nangka yang dimasak bersama santan dan gula merah. Ia dimasak tempoh yang lama sehingga nangka menjadi empuk. Mula-mula aku rasa gudeg ada rasa manis. Lama-lama berselera aku makan. Ada telur padang sekali. Sungguh enak. Memang masuk dengan selera saya. Ye la ada darah jawa katakan. Harganya pun berpatutan dalam sekitar Rp 35,000.
![]() |
Pantai Parangtritis
|
![]() |
| Ombak mula naik di pantai Parangringtis |
Tengok ombak pantai ini, aku pun tak berani nak masuk laut. Bukan tak reti berenang tapi faktor keselamatan. Anginnya memang kuat. Kami hanya berjalan di persisiran dan berpeluang mengambil gambar.
Selepas sejam lebih kami di pantai tersebut, Mas Aji bercadang kami semua terus check in hotel dan mencari tempat makan lain untuk mengantikan sate klatak.Jika ke tempat sate klatak ketika itu terlalu awal. Mas Aji melihat kami sudah kepenatan. Mas Aji bercadang pergi destinasi sate klatak pada hari ketiga kami di sini.
![]() |
| Muka orang lapar di Pantai Parangtritis. Sebaik yang ambil gambar tak bergoyang sebab lapar |
Tiba-tiba Najua inginkan makan Nasi Gudeg iaitu makanan amat dikenali di Jogja. Apalagi Mas Aji terus membawa kami terus ke tempat Nasi Gudeg yang sedap dan enak yang ada di bandar Jogja.
Setibanya kami tiba di sebuah restoran yang menghidangkan Nasi Gudeg. Kami terus order makanan kami. Ye la perut lapar sangat. Sudah ada muzik keroncong dalam perut aku ni. Hahaha.
Aku dan kawan-kawan semua order Nasi Gudeg, 3 air alpukat (minuman berasaskan avocado) dan 2 air Teh botol ( minuman yang popular di Indonesia keluaran Sosro).
![]() |
| Nasi Gudeg Bu Lies |
Gudeg adalah nangka yang dimasak bersama santan dan gula merah. Ia dimasak tempoh yang lama sehingga nangka menjadi empuk. Mula-mula aku rasa gudeg ada rasa manis. Lama-lama berselera aku makan. Ada telur padang sekali. Sungguh enak. Memang masuk dengan selera saya. Ye la ada darah jawa katakan. Harganya pun berpatutan dalam sekitar Rp 35,000.
Setelah selesai makan malam kami. Mas Aji membawa kami ke hotel penginapan kami di Hotel Violet. Hotel ini berada di kota Jogja dan 5 minit berjalan kaki dari Jalan Maliboro.
Hotel violet adalah hotel dua bintang. Namun, suasana biliknya amat selesa dan bersih.
Kami membersihkan diri kami dan terus masuk tidur. Keesokkan kami perlu bertolak awal sekitar 3.30 pagi untuk ke destinasi seterusnya.

Boleh baca entri berikutnya:

bila ak nmpk... mcm terlalu byk gbr ak..shy2..hahah!
BalasPadamYe ker. Hahahahah. Tak pe jadi model duta jogja. Hahahaha
Padam